Posts

Showing posts from March, 2011

KETULUSAN HATI

KETULUSAN HATI BY MARSHANDA Sedihku, sakitku , ku terima Ku rela ku pasrah jalanku Ini suratan aku dicoba Demi rahmatmu ku memohon Ya Allah redhai ketulusan hati Ya Allah beri aku ketabahan Ya Allah aku sanggup berkorban Demi rahmatmu ya Allah... Di dunia yang sarat godaan Ku mohon dosaku ampunkan Ingin bahagia dunia akhirat Turunkan rahmatMu untukku Ya Allah redhai ketulusan hati Ya Allah beri aku ketabahan Ya Allah aku sanggup berkorban Demi rahmatmu ya Allah...

JOURNEY TO THE SOUTH (MERSING) part 2

Image

MELAYU

Sajak “MELAYU” oleh Usman Awang Melayu itu orang yang bijaksana Nakalnya bersulam jenaka Budi bahasanya tidak terkira Kurang ajarnya tetap santun Jika menipu pun masih bersopan Bila mengampu bijak beralas tangan. Melayu itu berani jika bersalah Kecut takut kerana benar, Janji simpan di perut Selalu pecah di mulut, Biar mati adat Jangan mati anak Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya: Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu, Banjar juga disebut Melayu, Minangkabau memang Melayu, Keturunan Acheh adalah Melayu, Jakun dan Sakai asli Melayu, Arab dan Pakistani, semua Melayu, Mamak dan Malbari serap ke Melayu, Malah mua‘alaf bertakrif Melayu Dalam sejarahnya Melayu itu pengembara lautan Melorongkan jalur sejarah zaman Begitu luas daerah sempadan Sayangnya kini segala kehilangan Melayu itu kaya falsafahnya Kias kata bidal pusaka Akar budi bersulamkan daya Gedung akal laut bicara Malangnya Melayu itu kuat bersorak Terlalu ghairah pesta temasya Sedangkan kampung telah tergadai Sawah sejalur tingg

WARISAN

Lagu Warisan Anak kecil main api, Terbakar hatinya yg kecil, Air mata darah, Bercampur keringat Bumi dipijak milik org. Nenek moyang kaya raya, Tergadai seluruh harta benda Akibat sengketa sesamalah kita Cinta lenyap di arus zaman. Indahnya bumi kita ini, Warisan berkurun lamanya, Hasil mengalir ke tangan yang lain, Peribumi merintih sendiri, masa depan sungguh kelam.. kan lenyap peristiwa semalam.. bersatu lah hati, bersama berbakti, pulih kembali harga diri.. Kita sudah tiada masa, Majulah dengan maha perkasa, Janganlah terlalai teruskan usaha, Melayu kan gagah di nusantara..

JOURNEY TO THE SOUTH (MERSING, JOHOR)

Image
Dari Abu Hurairah r.a. ia berkata: Rasulullah s.a.w. telah mempertaruhkan aku untuk menjaga hasil zakat Ramadan. Maka datang kepadaku suatu lembaga mengambil sedikit daripada makanan tersebut lalu aku tangkap akan dia seraya berkata: “Aku akan hadapkan dikau kepada Rasulullah s.a.w.” Ia menjawab “Lepaskan aku. Sesungguhnya aku ini sangat berhajat. Aku ini mempunyai keluarga dan amat kesempitan.” Lalu aku lepaskan dia. Di pagi hari nabi s.a.w. telah bertanya kepadaku “Wahai Abu Hurairah apa yang telah dilakukan oleh tawananmu malam tadi?” Aku menjawab “Ya Rasulullah, ia telah mengadu mempunyai keluarga lalu aku merasa belas akan dia dan melepaskannya.” Baginda menjawab “Sesungguhnya dia telah menipu kamu. Dia akan datang lagi… Aku tahu dia akan datang lalu ku hendap. Maka ia datang mengambil sedikit makanan tadi lalu ku tangkap… Aku berkata “ Sesungguhnya aku akan hadapkan kau kepada Rasulullah.” Ia menjawab “Lepaskan aku. Sesungguhnya aku ini amat berhajat. Aku mempunyai keluarga. Aku

JIN

KULIAH JIN : UST. HJ. ISMAIL KAMUS 1) Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dan gelarannya Azazil. Dicipta dari api (biru), dan telah beramal puluh ribu tahun lamanya . 2) Apabila Allah swt. memerintahkannya supaya tunduk menghormati Nabi Adam, mereka telah ingkar. Allah swt. melaknat dan perintah turun ke bumi. Jin terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam dan Syaitan. Jin Islam pula terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam(Soleh) dan Jin Tidak Islam (Tidak Soleh). Syaitan yang turun kesemuanya jahat (tidak Islam). 4) Makanannya dari Api (Asap). Itu sebab orang-orang Melayu dilarang mengunakan kemenyan kerana Jin paling suka dengan asap yang busuk. Tetapi orang-orang melayu ini degil, suka sangat dengan asap kemenyan. Beliau menambah, orang-orang yang suka hisap rokok itu, adik-beradik jin lah tuu. (terkena?? hahaha..) 5) Tempat tinggal Jin seperti di awan, sungai, hutan, lombong, laut, tempat-tempat tinggi (KLCC), tandas dan kubur. 6) Beliau menasihat apabila ingin buang air di perjalanan (contohn

AYAT KURSI...

SINAR CAHAYA AYAT KURSI • Dalam sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas pintu rumah. Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehingga Baginda mendengar jawaban salam dari isterinya. Di saat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu. Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis: 1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi bila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. 2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain. 3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, dia akan masuk syurga dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT akan memelihara rumahnya dan rumah-rumah disekitarnya. 4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi

REZEKI...

SEMPIT REZEKI SEBAB DOSA? “Hishh, sudah berbelas tahun saya bekerja keras siang dan malam, tapi hasilnya tak seberapa. Apa yang tak kena...” “Apa lagi kerja yang saya tak buat. Semua sudah saya buat. Bak kata orang, pergi pagi balik malam, tapi rezeki saya sekeluarga tak juga cukup-cukup. Entah apa nak jadi...” Begitulah bunyi keluhan ramai orang yang kita jumpa. Kadangkala kita juga seakan-akan pernah mengomel dalam bahasa yang sama, tak begitu?? Masyarakat nyata tertekan dan gelisah menghadapi situasi tersebut lebih-lebih lagi dalam suasana hambatan ekonomi yang mencengkam serta kos kehidupan yang semakin tinggi. Kerana terlalu memikir dan melayan tekanan hidup itu tanpa rasa tawakkal dan pengaduan kepada Allah yang Maha Bijaksana dan Mengetahui, maka hari demi hari, dilaporkan semakin bertambah ramai jumlah sang pengembara yang terpaksa pulang mengejut kerana telah disapai tetamu tak diundang, ‘The silent killer’ yang menjadi sebab-musabab membawa kepada kematian. Tetamu senyap

SUNGAI LUI AIZAT

Pejamkan matamu untukku Dengarlah dunia berkata-kata Usah kau ragu di sini tempatmu Walau berubah di mata kita tetap indah Selagi kau masih percaya Ketawa kecewa terpisah Jalan yang lurus kian berhalang Adakah semua ini yang ku inginkan Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata Ku harap ku masih percaya Adakah semua ini yang ku inginkan Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata Ku harap kau masih percaya Buka matamu Biar aku memelukmu Kita bersama masih muda masih mentah Ku harap kau masih percaya Selama ini selama ini Selama ini selama ini Selama ini selama ini Selama ini