SUASANA KAMPUNG

Sawah padi yang semakin menguning


Padi yang hampir masak sepenuhnya warna kuning keperangan

Padi yang masih muda warna kehijauan


Pemandangan yang tiada di bandar-bandar besar seperti di kuala Lumpur


masa tengah lepak-lepak melayan angin di tepi sawah terpandang budak-budak ni sedang memancing semut

 inilah lubang Semut Laga


mencucuk lubang semut dengan batang rumput

cucuk rumput kemudian tungggu seketika sampai rumput ditarik ke dalam lubang masa tu tarik keluar batang rumput tadi dan akan ada semut yang berpaut pada batang rumput tu hahaha seronok pulak jadi budak-budak sekejap.


Inilah rupa Semut Laga yang ditarik keluar dari lubangnya (gambar agak blur sebab guna kamera telefon bimbit). Saiznya lebih kurang kerengga tapi berwarna hitam.

Semut Laga yang telah diperdayakan oleh budak-budak hahahaha...


Syoknya melayan angin petang di sawah padi


Lepas pancing semut, budak-budak ni ajak tangkap ikan laga @ ikan pelaga



masuk ke dalam tali air sawah yang dah nak kering nampak lopak air yang ada buih dan pergerakan cepat-cepat cedok dengan tapis hahaha.



inilah rupa ikan laga yang tak berapa nak cantik, macam rupa ikan longkang pun ada hahaha...




Dua orang pencari ikan laga tegar hahaha

Wajah keriangan dengan hasil tangkapan



Lepas tangkap ikan main kipas pulak. Dibuat dari daun pelepah kelapa. Hand made tuuu... 



tiup.. tiup... fuhhhh... fuhhhhh....


Ha! kan dah berpusing...

Seronoknya! Kami ada kipas... awak ada? hahahaha...

Rasanya aktiviti macam ni susah nak cari di Kuala Lumpur dan bandar-bandar besar kan. Seronok juga bila sesekali balik kampung. dapat juga la mententeramkan jiwa dengan suasana kampung yang tenang dan nyaman udaranya tak macam KL asyik sedut asap je.

Comments

Popular posts from this blog

KARTUN BULAN PUASA

BUAYA BESAR - BIGGEST CROCODILE