Seorang ulama yang bernama Sufyan Ats Tsauri pernah berkata, “Sesuatu yang sulit bagiku untuk aku uruskan adalah niatku, kerana begitu seringnya ia berubah-ubah”. Niat yang baik atau keikhlasan merupakan sebuah perkara yang sulit untuk dilakukan. Hal ini kerana sering berbolak-balik hatinya kita. Terkadang ia ikhlas, di lain waktunya tidak. Padahal sebagaimana yang telah kita ketahui bersama, ikhlas merupakan suatu hal yang harus ada dalam setiap amal kebaikan kita. Amal kenaikan yang tidak terdapat keihklasan di dalamnya hanya kan menghasilkan kesia-sian belaka. Bahkan bukan hanya itu, ingatkah kita akan sebuah hadiths Rasulullah yang menyatakan bahawa tiga orang yang akan masuk neraka terlebih dahulu adalah orang-orang yang beramal kebaikan namun bukan kerana Allah?. Ya, sebuah amal yang tidak dilakukan ikhlas kerana Allah bukan hanya tidak dibalas apa-apa, bahkan Allah akan mengazab orang tersebut, kerana sesungguhnya amalan yang dilakukan bukan kerana Allah termasuk perbuatan k