BERSANGKA BAIKLAH...


Ada sangkaan baik…
Ada sangkaan buruk…

Orang beribadah disangka riak
Orang relaks disangka malas
Orang berbaju baru disangka menunjuk
Orang berbaju buruk disangka zuhud
Orang makan banyak disangka pelahap
Orang makan sedikit disangka diet
Orang senyum disangka mengejek
Orang masam disangka merajuk
Orang bermuzakarah disangka mengumpat
Orang diam disangka menyendiri
Orang menawan disangkap pakai susuk
Orang ceria disangka ada membela…


Mana tahu yang diam itu kerana berzikir kepada Allah
Mana tahu yang tersenyum itu kerana bersedekah
Mana tahu yang menawan itu kerana mengenangkan dosa
Mana tahu yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya
Mana tahu yang ceria itu kerana cergas dan cerdasnya…

Jauhi sikap suka bersangka-sangka
Kerana ia bakal memusnahkan ukhwah
Seperti musnahnya kayu dimakan api…
Satu benda yang kita lihat
Macam-macam kesimpulan yang boleh kita buat
Semuanya bergantung bagaimana
Kita mentafsirnya…

Comments

Popular posts from this blog

KARTUN BULAN PUASA

BUAYA BESAR - BIGGEST CROCODILE