IKHLAS KAH AKU?

Seorang ulama yang bernama Sufyan Ats Tsauri pernah berkata, “Sesuatu yang sulit bagiku untuk aku uruskan adalah niatku, kerana begitu seringnya ia berubah-ubah”. 
Niat yang baik atau keikhlasan merupakan sebuah perkara yang sulit untuk dilakukan. Hal ini kerana sering berbolak-balik hatinya kita. Terkadang ia ikhlas, di lain waktunya tidak. Padahal sebagaimana yang telah kita ketahui bersama, ikhlas merupakan suatu hal yang harus ada dalam setiap amal kebaikan kita. Amal kenaikan yang tidak terdapat keihklasan di dalamnya hanya kan menghasilkan kesia-sian belaka. Bahkan bukan hanya itu, ingatkah kita akan sebuah hadiths Rasulullah yang menyatakan bahawa tiga orang yang akan masuk neraka terlebih dahulu adalah orang-orang yang beramal kebaikan namun bukan kerana Allah?. 
Ya, sebuah amal yang tidak dilakukan ikhlas kerana Allah bukan hanya tidak dibalas apa-apa, bahkan Allah akan mengazab orang tersebut, kerana sesungguhnya amalan yang dilakukan bukan kerana Allah termasuk perbuatan kesyirikan yang tak terampuni dosanya kecuali jika ia bertaubat darinya.



Bagaimana Agar Aku Ikhlas?
Banyak Berdoa
Diantara yang dapat menolong seorang hamba untuk ikhlas adalah dengan banyak berdoa kepada Allah. Lihatlah Nabi kita Muhammad SAW, diantara doa yang sering baginda panjatkan adalh doa: “Ya Allah, aku memohon perlindungan kepada-Mu dari perbuatan menyekutukan-Mu sementara aku mengetahuinya, dan akupun memohon ampun terhadap perbuatan syirik yang tidak aku ketahui.” (Hadiths Shahih riwayat Ahmad)

Menyembunyikan Amal Kebaikan
Rasulullah SAW bersabda dalam sebuah hadiths, “Tujuh golongan yang akan Allah naungi pada hari di mana tidak ada naungan selain naungan-Nya iaitu pemimpin yang adil, pemuda yang tumbuh diatas  ketaatan Allah, laki-laki yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid, dua orang yang mencintai kerana Allah bertemu dan berpisah kerana-Nya, seorang lelaki yang diajak berzina oleh seorang wanita yang cantik dan memiliki kedudukan namun ia berkata: “sesungguhnya aku takut kepada Allah”, seorang yang bersedekah dan menyembunyikan sedekahnya hingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diinfakkan oleh tangan kanannya dan seseorang yang mengingati Allah di waktu bersendiri hingga menitislah air matanya.” (HR Bukhari Muslim).

Memandang Rendah Amal Kebaikan
Sa’id bin Jubair berkata, “ Ada orang yang masuk syurga kerana perbuatan maksiat dan ada orang yang masuk neraka kerana amal kebaikannya”. Ditanayakan kepadanya “Bagaimana hal itu boleh terjadi? ”. Beliau menjawab, “Seseorang melakukan perbuatan maksiat, ia pun sentiasa takut terhadap azab Allah akibat perbuatan maksiat tersebut, maka ia pun bertemu Allah dan Allah pun mengampuni dosanya kerana rasa takutnya itu, sedangkan ada seseorang yang dia beramal kebaikan, ia pun sentaiasa bangga terhadapa amalnya itu, maka ia pun bertemu Allah dalam keadaan demikian, maka Allah pun memasukkanya ke dalam neraka”.
Tidak Terpengaruh Oleh Perkataan Manusia
Pujian dan perkataan orang lain terhadap seseorang merupakan suatau hal yang pada umumnya disenangi oleh manusia. Bahkan Rassulullah pernah menyatakan ketika ditanya tentang seseorang yang beramal kebaikan kemudian ia dipuji oleh manusia keranya, baginda menjawab, “Itu adalah khabar gembira yang disegerakan bagi seorang muslim”. (HR. Muslim)

Menyedari Bahawa Manusia Bukanlah Pemilik Syurga dan Neraka
Sesungguhnya apabila seorang hamba menyedari bahawa orang-orang yang dia jadikan sebagai tujuan amalnya itu (baik kerana ingin pujian mahupun kedudukan yabg tinggi di antara mereka), akan sama-sama dihisab oleh Allah, sama-sama akan berdiri di padang mahsyar dalam keadaan takut dan telanjang, sama-sama akan menunggu keputusan untuk dimasukkan ke dalam syurga atau neraka, maka ia pasti tidak akan meniatkan amal perbuatan itu untuk mereka. Kerana tidak satu pun dari mereka yang dapat menolong dia untuk masuk syurga ataupun menyelamatkan dia dari neraka.

Comments

Popular posts from this blog

KARTUN BULAN PUASA

BUAYA BESAR - BIGGEST CROCODILE