Posts

Showing posts from April, 2012

ANISS DAN FAUZI 28-29 APRIL 2012

Image
Entry kali ni mengenai majlis perkahwinan antara Aniss dan Fauzi yang bertempat di Taman Sri Andalas Klang. Majlis pernikahan berklansung pada 28 April 2012 kira-kira jam 10:00 pagi. Ketika majlis pernikahan pasangan tersebut mengenakan pakaian berwarna putih. Selepas majlis pernikahan acara persalinan pakaian untuk wanita pula bermula pada pukul 5:30 petang. Sebanyak tiga jenis persalinan yang dipakai oleh pengantin iaitu pakaian tradisional Korea, pakaian ala-ala Hindustan dan pakaian Minang (tiada dalam gambar). Majlis Persandingan pula diadakan pada keesokan harinya iaitu pada hari Ahad 29 April 2012. Acara bermula sekitar jam 1:25 petang dengan kehadiran rombongan pengantin lelaki dan diiringi paluan kompang. Warna biru menjadi tema untuk majlis mereka. Majlis tamat sekitar jam 4:00 petang. Terima kasih diucapkan kepada keluarga pengantin diatas layanan yang baik dan mesra. Juga  pasangan pengantin yang sempoi dan mesra. Pengantin perempuannya

PESANAN BUAT LELAKI JUGA WANITA

Wanita : Akalnya Senipis Rambut Jangankan lelaki biasa Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita tanpa mereka  fikiran dan perasaan lelaki akan resah Masih mencari walau ada segalanya. Apa yang tiada di dalam syurga? Namun Adam tetap rindukan Hawa... Dijadikan wanita dari tulang rusuk yang bengkok itu untuk diluruskan oleh  lelaki tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus... mana mungkin kayu  yang bengkok akan menghasilkan bayangan yang lurus? Wahai lelaki Luruskan wanita dengan jalan ditunjukkan oleh ALLAH SWT kerana  mereka diciptakan sebegitu rupa oleh ALLAH didiklah mereka dengan panduan  Nya janganlah cuba menjinakkan dengan harta kerana nantinya mereka akan  semakinliar Janganlah liburkan mereka dengan kecantikkan kerana nantinya mereka semakin  menderita yang sementara itu tidak dapat menyelesaikan masalah kenalkanlah  mereka kepada ALLAH Zat yang kekal... kerana disitulah punca kekuatan  dunia!!!! Akalnya senipis rambutnya tebalkan ia dengan ilmu hatinya serapuh kaca  kuatkanl

SUSAH DAN SENANG

Susahnya Nak Buat Dosa... Kalau nak ke disko bukan murah. Kurang-kurang kena bayar RM25 cover charge. Konon dapat free first drink. Tapi yang dibagi air yang harga kat 7-Eleven cuma RM1 je... Senangnya Nak Buat Pahala... Kalau gi masjid tu, free je. Dah le takde cover charge, minum free bukan first drink je. Berkoyan-koyan pun boley. Silap-silap dapat makan free lagi... Susahnya Nak Buat Dosa... Kalau nak berzina tu, bukannya semudah ABC. Susah. Nak sewa hotel (duit tu)... Nak belanja awek tu makan (duit lagi)... Silap² silap kena tangkap basah. Ha... Boleh masuk paper free. Kalau majikan tau, boleh kena buang keje. Laaagi haru... Senangnya Nak Buat Pahala... Kalau nak pose sunat tu, anytime, anywhere. Bangun pagi takde breakfast, terus niat pose. Dapat dah pahala. Bukan setakat dapat pahala, siap dapat jimat duit lagi. Pose tu kan boleh kekang nafsu. Cume tak masuk paper je. Tapi insyaAllah masuk syurga. Laaagi best! Susahnya Nak Buat Dosa... Mengumpat tu bes

Tahukah Anda...?

Tahukah anda...? 1. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy, jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa Melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi. 2. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera. 4. Tahukah Anda Persatuan Cintai Hidupan Liar diasaskan oleh Richard Martin dari Ireland pada tahun 1824. Lagu Bola Sepak Dunia 1998 yang ditujukan khas buat pemain, peminat serta persatuan2 bolasepak amnya pula dinyanyikan oleh Ricky Martin. 5. Tahukah Anda hanya enam bahasa digunakan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) iaitu bahasa Inggeris, perancis, Arab, Cina, Rusia dan Sepanyol. ianya akan bertambah menjadi tujuh bahasa jika ada perwakilan yang menggu