PESANAN BUAT LELAKI JUGA WANITA

Wanita : Akalnya Senipis Rambut
Jangankan lelaki biasa Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita tanpa mereka 
fikiran dan perasaan lelaki akan resah Masih mencari walau ada segalanya.

Apa yang tiada di dalam syurga? Namun Adam tetap rindukan Hawa...

Dijadikan wanita dari tulang rusuk yang bengkok itu untuk diluruskan oleh 
lelaki tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus... mana mungkin kayu 
yang bengkok akan menghasilkan bayangan yang lurus?

Wahai lelaki Luruskan wanita dengan jalan ditunjukkan oleh ALLAH SWT kerana 
mereka diciptakan sebegitu rupa oleh ALLAH didiklah mereka dengan panduan 
Nya janganlah cuba menjinakkan dengan harta kerana nantinya mereka akan 
semakinliar

Janganlah liburkan mereka dengan kecantikkan kerana nantinya mereka semakin 
menderita yang sementara itu tidak dapat menyelesaikan masalah kenalkanlah 
mereka kepada ALLAH Zat yang kekal... kerana disitulah punca kekuatan 
dunia!!!!

Akalnya senipis rambutnya tebalkan ia dengan ilmu hatinya serapuh kaca 
kuatkanlah ia dengan iman perasaannya selembut sutera hiasilah ia dengan 
akhlak

Suburkanlah ia kerana daripada situlah nantinya mereka akan lihat nilaian 
dan keadilan

Tuhan, bisikkanlah ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan satu kelemahan 
ia bukan satu diskriminasi Tuhan sebaliknya disitulah kasih dan sayang Tuhan

Wanita yang lupa hakikat kejadiannya pasti tidak terhibur dan tidak 
menghiburkan. Tanpa ilmu, iman dan akhlak mereka tidak akan lurus bahkan 
membengkok... Itulah akibat andai wanita tidak kenal Tuhannya Bila wanita 
derhaka, dunia lelaki akan huru hara. Lelaki pula janganlah mengharapkan 
ketaatan, tetapi binalah kepimpinan.

Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Ilahi pimpinlah diri sendiri kepada 
Nya Jinakkanlah diri kepada ALLAH nescaya akan jinaklah segala-galanya 
dibawah pimpinanmu lelaki....

Jangan mengharapkan isterimu semulia Fatimah Az-Zahra andai dirimu tidak 
sehebat Saidina Ali Karamallahuwajhah

Terimalah wanita dengan seadanya kerana setiap ciptaan ALLAH tiada yang 
sia-sia sebaliknya...semuanya penuh makna....

Comments

Popular posts from this blog

KARTUN BULAN PUASA

BUAYA BESAR - BIGGEST CROCODILE