ANISS DAN FAUZI 28-29 APRIL 2012

Entry kali ni mengenai majlis perkahwinan antara Aniss dan Fauzi yang bertempat di Taman Sri Andalas Klang. Majlis pernikahan berklansung pada 28 April 2012 kira-kira jam 10:00 pagi. Ketika majlis pernikahan pasangan tersebut mengenakan pakaian berwarna putih.


Selepas majlis pernikahan acara persalinan pakaian untuk wanita pula bermula pada pukul 5:30 petang. Sebanyak tiga jenis persalinan yang dipakai oleh pengantin iaitu pakaian tradisional Korea, pakaian ala-ala Hindustan dan pakaian Minang (tiada dalam gambar).






Majlis Persandingan pula diadakan pada keesokan harinya iaitu pada hari Ahad 29 April 2012. Acara bermula sekitar jam 1:25 petang dengan kehadiran rombongan pengantin lelaki dan diiringi paluan kompang.


Warna biru menjadi tema untuk majlis mereka.



Majlis tamat sekitar jam 4:00 petang. Terima kasih diucapkan kepada keluarga pengantin diatas layanan yang baik dan mesra. Juga  pasangan pengantin yang sempoi dan mesra. Pengantin perempuannya pandai bergaya di depan kamera memudahkan lagi tugasku hehehe.. Terima kasih...

Comments

Popular posts from this blog

KARTUN BULAN PUASA

BUAYA BESAR - BIGGEST CROCODILE