Posts
Showing posts from July, 2012
RAMADHAN TIBA LAGI...
- Get link
- X
- Other Apps
Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna ♥ Agar dapat ku lalui dengan sempurna :') Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan ♥ ♥ ♥ Syukur Ya ALLAH..bersua kembali! :DD Niat Puasa Ramadhan Pejam celik, pejam celik... dah masuk Ramadhan balik... syukur Alhamdulillah dapat ku temui kembali bulan yang banyak barakah ni... Umur pun semakin dirasakan semakin sedikit dan amalan untuk berjumpa Nya sudah cukup ke belum... hmmm... Bila tiba bulan Ramadhan akan terlihatlah banyak perubahan pada sikap manusia dan suasana persekitaran. Mungkin tak semua orang yang berubah tetapi dengan kedatangan bulan ini kita dapat melihat munggkin tak banyak tapi tetap ada sedikit perubahan. Keinsafan... bersikap lebih baik dari sebelumnya.. Mungkin apabila hampir tiba bulan ini ramai yang dah berniat untuk menjadi lebih baik dan berubah nak buat banyak amalan kebaikan. . dan diharapkan perubahan ke arah kebaikan akan berterusan bukan sekadar bulan ni sahaja atau hangat-hangat tahi ayam.
ALBUM KAHWIN YANG SUDAH SIAP
- Get link
- X
- Other Apps
Alhamdulillah... akhirnya siap juga album dan gambar customer. Terima kasih kerana mengambil kami sebagai photorapher anda. Setelah bergelumang lebih dari 10 tahun dalam fotografi kahwin ni rasenye macam nak berubah angin pulak la... "mungkin" ini adalah job terakhir ku sebagai wedding photographer. Mungkin lepas ni kalau ada orang nak mintak jadi photographer diorang aku terpaksa tolak. Mungkin untuk adik beradik atau kawan-kawan terdekat boleh la ataupun sekadar 2nd photographer je. Banyak suka-duka yang aku alami sepanjang bergelar wedding photographer picisan ini. Mungkin terlalu banyak untuk ku kongsikan di sini. Pelbagai ragam manusia yang boleh ku lihat dan ku pelajari. Sifat-sifat manusia inilah yang mungkin menjadikan aku lebih dewasa dan berani untuk berhadapan dengan orang ramai walaupun ada yang aku tak pernah kenal sebelum berurusan dengan mereka. Mungkin "PR" aku tak berapa bagus tapi dengan PR yang kurang bagus ni jugalah yang dapat
DOA SEMASA BERWUDUK
- Get link
- X
- Other Apps
1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini". 2. Ketika membasuh muka berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, putihkanlah mukaku di akhirat kelak, janganlah kau hitamkan mukaku ini". 3. Ketika membasuh tangan kanan berniatlah kamu denggan, "Ya Allah, berikanlah hisab-hisabku di tangan kanan". 4. Ketika membassuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisabku di tanggan kiriku ini". 5. Ketika membassuh kepala, berniattlah kamu dengan, "Ya Allah, lindungilah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Aras Mu". 6. Ketika membassuh telinga berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, ampunilah dosa telingaku ini". 7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, perrmudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim". 8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu denagan, "Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke mas
MASURAH dan ZUL KHIDIR 2 JUNE 2012
- Get link
- X
- Other Apps
Pada 2 Jun 2012 berlangsungnya majlis pernikahan dan resepsi pasangan mempelai Masurah binti Mohamad dan Muhammad Zul Khidir Bin Hussein. Majlis pernikahan dilangsungkan pada sebelah pagi dengan pengantin lelaki dinikahkan oleh kekanda kepada pengantin perempuan. Majlis telah diadakan di rumah pengantin perempuan di Kampung Jiboi, Ampangan, Negeri Sembilan. Majlis persandingan bermula sekitar jam 2:00pm. DJ Hot FM Deen yang juga sahabat pengantin lelaki menjadi pengapit mereka. Makan "time"... Outdoor photoshoot diadakan di Taman Tasik Seremban. Suasana menjadi meriah kerana terdapat lebih kurang 7 ke 8 pasangan pengantin baru yang mengadakan outdoor photoshoot pada hari tersebut.
EMA dan ASROL 5 MAY 2012
- Get link
- X
- Other Apps
Salam... dah lama tak update blog ni sebab sebuk dengan urusan dunia yang lain sampai gambar kahwin pon tak dan nak upload hahaha.... www.facebook.com/pages/Nasir-Photography Pada 5 May ke Mei? confuse hahahaha.. mana yg betol ni hahahah makin teruk Bahasa Melayu aku... telah berlangsung majlis pernikahan diantara Nur Ermawati binti Abd. Samat dan Mohd Asrol Arifin bin Zainal Abidin bertempat di Kampung Pasir Baru, Semenyih, Selangor. Keesokan harinya berlangsung pula majlis keraian atau persandingan pasangan tersebut dalam keadaan yang cukup sederhana tapi meriah. Pertama kali dalam sepanjang lebih 10 tahun tangkap gambar kahwin, Jurunikah a.k.a Tok Kadhi mereka juga merangkap sebagai ketua pasukan kompang yang turut mendendangkan lagu puji-pujian dan selawat ke atas Junjungan Mulia Rasulullah S.A.W. Untuk job kali ni aku dibantu oleh Muhammad Nor Azali... Persembahan seni silat ( tak tahu silat ape?) sebagai pembuka acara dan mengalu-alukan kedatangan