ALBUM KAHWIN YANG SUDAH SIAP


Alhamdulillah... akhirnya siap juga album dan gambar customer. Terima kasih kerana mengambil kami sebagai photorapher anda.


 Setelah bergelumang lebih dari 10 tahun dalam fotografi kahwin ni rasenye macam nak berubah angin pulak la... "mungkin" ini adalah job terakhir ku sebagai wedding photographer.
Mungkin lepas ni kalau ada orang nak mintak jadi photographer diorang aku terpaksa tolak. Mungkin untuk adik beradik atau kawan-kawan terdekat boleh la ataupun sekadar 2nd photographer je.

Banyak suka-duka yang aku alami sepanjang bergelar wedding photographer picisan ini. Mungkin terlalu banyak untuk ku kongsikan di sini.


Pelbagai ragam manusia yang boleh ku lihat dan ku pelajari. Sifat-sifat manusia inilah yang mungkin menjadikan aku lebih dewasa dan berani untuk berhadapan dengan orang ramai walaupun ada yang aku tak pernah kenal sebelum berurusan dengan mereka.
Mungkin "PR" aku tak berapa bagus tapi dengan PR yang kurang bagus ni jugalah yang dapat memikat pelanggan.


Aku bukannya seorang pemidato yang baik seperti YB ang mampu memikat ribuan orang untuk mendengar ucapannya tapi aku hanyalah seorang Hamba yang ikhlas untuk mencari seddikit rezeki tambahan untuk keluargaku. Sebab aku tahu aku bukan jutawan.


Tetapi dek kerana masa dan usia yg semakin meningkat aku rasa aku patut mencari sesuatu yang lain yang lebih sesuai denan usia dan tenaga ku yang tidak secergas dulu. Tetapi ini tak bermakna aku akan berhenti menangkap gambar dan berkarya, kerana fotografi sudah menjadi minat ku dan mungkin sebahagian dari hidupku.

Hmmm... Entahlah... semuanya akan diketahui bila tiba masanya nanti...

Comments

Popular posts from this blog

KARTUN BULAN PUASA

BUAYA BESAR - BIGGEST CROCODILE