EMA dan ASROL 5 MAY 2012

Salam... dah lama tak update blog ni sebab sebuk dengan urusan dunia yang lain sampai gambar kahwin pon tak dan nak upload hahaha.... www.facebook.com/pages/Nasir-Photography

Pada 5 May ke Mei? confuse hahahaha.. mana yg betol ni hahahah makin teruk Bahasa Melayu aku... telah berlangsung majlis pernikahan diantara Nur Ermawati binti Abd. Samat dan Mohd Asrol Arifin bin Zainal Abidin bertempat di Kampung Pasir Baru, Semenyih, Selangor. 


Keesokan harinya berlangsung pula majlis keraian atau persandingan pasangan tersebut dalam keadaan yang cukup sederhana tapi meriah. 



Pertama kali dalam sepanjang lebih 10 tahun tangkap gambar kahwin, Jurunikah a.k.a Tok Kadhi mereka juga merangkap sebagai ketua pasukan kompang yang turut mendendangkan lagu puji-pujian dan selawat ke atas Junjungan Mulia Rasulullah S.A.W.


Untuk job kali ni aku dibantu oleh Muhammad Nor Azali...



Persembahan seni silat ( tak tahu silat ape?) sebagai pembuka acara dan mengalu-alukan kedatangan mempelai.



Suasana majlis tersebut membuatkan aku berasa seronok disebabkan keluarganya yang mesra, suasana kampung yang aman, pasangan pengantin yang BEST dan iringan muzik dari pemuzik undangan yang bermain muzik irama Melayu ape ke nama  aku lupa (kalau ingat aku masukkan namanya). Kumpulan nasyid muda (kanak-kanak) juga turut diundang dari sekolah agama (budak tahfiz rasenye).


Selepas tamat majlis lebih kurang pukul 4:00pm kami  bertolak menuju ke Sungai Tekala. Perjalanan menuju ke sana menaiki kereta nasional 1.6A mengambil masa lebih kurang 15 minit. Sesi outddoor photoshoot mengambil masa lebih kurang 1jam 30minit.


Comments

Popular posts from this blog

KARTUN BULAN PUASA

BUAYA BESAR - BIGGEST CROCODILE